Kerjaya kelab Fabián Ruiz

Betis

Kerjaya awal

Fabián menyertai akademi Real Betis pada tahun 2004 semasa beliau baru berusia lapan tahun. Sebelum ini, beliau merupakan pemain di akademi EF La Unión de Los Palacios.[1] Beliau telah ditawarkan ke pasukan simpanan Real Betis pada Julai 2014[2] dan melakukan penampilan sulungnya pada 21 September ketika menjadi pemain gantian pada separuh masa kedua dalam aksi Segunda División B menentang Marbella.[3]

Fabián beraksi dalam penampilan pertamanya untuk pasukan senior pada 16 Disember dengan menggantikan Xavi Torres pada minit ke-51 permainan ketika menentang Lugo.[4] Beliau seterusnya beraksi dalam enam perlawanan pada musim itu yang menyaksikan pasukannya dinobatkan sebagai juara liga dan layak ke La Liga untuk musim depan.

Fabián telah melakukan penampilan sulungnya di La Liga pada 23 Ogos 2015 selepas menggantikan Alfred N'Diaye semasa pasukannya menentang Vilarreal.[5]

Elche

Pada 23 Disember 2016, beliau telah melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2019. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke Elche yang beraksi di divisyen kedua Sepanyol.[6] Beliau telah menjaringkan gol pertamanya dalam kariernya pada 17 Mac 2017 ketika pasukannya melakar kemenangan ke atas Gimnàstic de Tarragona 3–1.

Fabián telah melakukan 18 penampilan bersama Elche, namun malangnya pasukannya berdepan penyingkiran daripada liga.

Penonjolan

Sekembalinya ke Betis, Fabián menjadi tonggak utama pasukan di bawah kendalian pengurus baru Quique Setién. Beliau berjaya menjaringkan gol sulungnya di La Liga pada 25 September 2017 ketika pasukannya menundukkan Levante 4–0. Pada 31 Januari 2018, beliau telah melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2023 dan telah meletakkan klausa pembeliannya sebanyak 30 juta.[7]

Pada 30 April 2018, Fabián menjaringkan gol kemenangan Betis dalam aksi kelayakan Liga Europa bagi musim 2018-19 semasa menentang Málaga.[8]

Napoli

Pada 5 Julai 2018, Fabián telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Itali, Napoli dengan bayaran perpindahan yang dilaporkan bernilai €30 juta.[9][10] Beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk Napoli pada 16 September ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Red Star Belgrade dengan beraksi sehingga minit ke-90.[11] Sepuluh hari kemudian, beliau beraksi dalam perlawanan pertamanya di Serie A ketika pasukannya menewaskan Parma 3–0 di gelanggang sendiri.[12]

Rujukan

WikiPedia: Fabián Ruiz http://www.bdfutbol.com/en/j/j24030.html http://www.cuentaconlacantera.com/fabian-y-gavi-do... http://www.estadiodeportivo.com/betis/2014/11/20/f... http://www.marca.com/2014/12/13/futbol/2adivision/... http://www.marca.com/en/football/spanish-football/... http://www.marca.com/eventos/marcador/futbol/2015_... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.soccerway.com/players/fabian-ruiz-pena/... http://www.diariosur.es/deportes/mas-deportes/2014... http://realbetisbalompie.es/en/noticias/last-news/...